Selama ulang tahun kelahiran anakanda Nurfakhirah Aqilah. Alhamdulillah...genap sudah usia anakanda dua tahun dan masih menyusu sepenuhnya.
Walau pun tiada sambutan tiupan lilin di atas kek, Umi tetap mendoakan anakanda sentiasa di rahmati dan disayangi oleh-Nya. Anakanda sentiasa di hati dan kasih sayang umi dan ayahanda tiada batasnya.
Kunjungan sahabat ayahanda ke rumah membawa kami sekeluarga berkhemah di Sungai Congkak. Dapatlahkami bermalam sehari di sana dan tidur di dalam khemah. Kami tiba agak lewat petang. Pantas ayahanda dan sahaba karibnya mendirikan khemah untuk kami bermalam.
Selepas mendirikan solat maghrib kami makan malam diluar sahaja kerana tidak sempat memasak. Selesai makan malam kami menuju kembali ke tempat perkhemahan. Agenda seterusna ...mandi....
Kami mandi sekadar menghilangkan kehangatan kerana air sungai sangat dingin. Selesai menukar pakaian dan mengemas tempat tidur anakanda Aqilah kelihatan sangat mengantuk.Kami sama-sama merebahkan diri di atas tilam dan terlena tidak lama kemudian. Kedengaran suara ayahanda sedang berbicara dengan sahabatnya. Namun aku lebih suka melayan mataku sehingga subuh.
Saturday, 31 May 2014
Monday, 21 April 2014
Pengenalan Diri
Assalamualaikum w.b.
Alhamdulillah...diberi kesempatan ini untuk memulakan kelas akademi bekerja dari rumah. Baru sahaja menyambut usia 35 tahun pada 7 April lepas. Nama penuh Fadzliatun Ummi Khurairah bt Khairuddin. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibesarkan di Shah Alam Selangor dan masih lagi bermastautin di sini sehingga sekarang.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 dan Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 di Shah Alam. Menyambung persekolahan menengah di dua buah sekolah menengah Sekolah Menengah Agama di Klang dan di Kuala Selangor sehingga tingkatan 5.
Seterusnya menymbung pengajian di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya di Kuching Sarawak kemudian menyambung Ijazah Kejuruteran Proses dan Makanan di Universiti Putra Malaysia Serdang.
Seperti kebanyakan individu yang telah bergraduat mesti mahu bekerja . Semenara menunggu tawaran pekerjaan saya mula mencari wang saku sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan mengambil upah menyolek pengantin dan sesiapa yang berhajat unuk mencantikkan wajah.Saya lakukan kerana minat dan setiap solekan membuatkan saya puas. Saya suka melihat kecantikan dan kekemasan.
Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran bekerja di salah satu syarikat perkapalan terbesar di dunia. Tidak sangka tawaran sebegini datang dan saya terima. Terkesima seketika apabila tiba pada hari pertama bekerja melihat ruang pejabat begitu mewah dan kemas.Dalam hati terasa bangga dan puas dan bersyukur.
Hari- hari sibuk yang dilalui menyebabkan saya melupakan kerja sambilan sehingglaah tiba hari pernikahan dan perkahwinan. Saya mengasah semula bakat dan minat yang sedia ada. Merasa puas kerana dapat menyolek diri sendiri tanpa perlu membazir memanggil jurusolek.
Keinginan untuk bekerja dari rumah muncul setelah kelahiran anakanda Muhammad Ariff Hakim. Kesibukan bekerja makan gaji dan ketiadaan suami
yang selalu bekerja luar daerah memberikan tekanan kepadaku. Kesihatan anakanda Arif terabai dan saya mula merasakan Arif memerlukan sepenuh perhatian daripada saya.
Ingin bermula tapi tidak tahu cara yang betul .Mencari dan terus mencari hingga akhirnya bertemu dengan Puan Masayu Ahmad. Ingin tahu apa yang dilakukannya saya mengikuti perkembangannya di Facebook. Akhirnya saya berjaya mendafarkan diri dan mengikuti kelas blog online kelolaan Pn Aishah Hussein.

Subscribe to:
Posts (Atom)