Friday, 25 April 2014

Spa Dirumah

Salam .Memandangkan hari biasa sudah penat bekerja menyelesaikan ugasan dirumah,aku bercadang untuk memanjakan diri hari ini.Waktyang paling sesuai adalah semasa anakanda Aqilah beradu.  

Satin Hands Pampering.
Aku menggunakan Extra Emollient Night Cream dengan mengoles sejumlah kecil krim ini ke dalam tangan dan di celah jari, tidak dilupakan belakang tapak tangan dan tapak tangan. Bila agak kering ku oleskan dengan sedikit  air agar senang diurut.

Aku meneruskan dengan Satin Smoothie Hand Scrub dengan cara yang sama. Ia berupaya menanggalkan sel kulit mati dan mengembalikan kecerahan kulit.Haruman pic dari scrub tangan ini memberikan kesegaran untuk diriku. Selesai tangan diurut aku membilas dengan air sehingga bersih.Lalu aku mengeringkan kedua tanganku dengan sehelai tuala yang bersih. Aku teruskan dengan melembapkan tanganku dengan menyapu Satins Hands Cream.               

Kulit wajah cantik menawan

Aku mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim sambil membasahi mukaku dengan air.Ku titipkan pencuci mukaku (facial cleanser) sebesar duit 20 sen di atas tapak tangan kananku. Ku oles sedikit di dagu, kedua pipiku, di atas hidung dan dahiku. Aku mengusap dari dagu ke atas hingga kedua pipiku melawan arah jam. Urutan diteruskan ke dahi dan seterusnya hidung dengan gerakan yang sama.
Selesai membelai wajah aku mengambil facial cloth yang telah dibasahkan dengan air lalu aku sapukan ke seluruh muka sehingga bersih. Sekali lagi ku sirami wajahku dengan air yang mengalir. Selesai bilasan di muka aku mengeringkan dengan tuala yang bersih dan kering secara perlahan-lahan.Kembali merenung wajah dicermin sehingga puas.
Aku meneruskan dengan menyapu masker diseluruh wajahku kecuali di mata dan dibibir. Aku membiarkan ia mengering dalam masa 10 minit.Selesai 10 minit aku membasahi jari jemariku dengan air dan mula mengusapi wajahku dengan gerakan ke atas perlahan -lahan. Sekali lagi ku menggunakan facial cloth ang basah membersihkan muka. See


Thursday, 24 April 2014

Puasa

Latihan sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Puasa ganti. Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepadaku untuk meneruskan perjuangan bersama-sama anakanda Arif dan Aqilah.        
Syukur padaMu  hujan kembali lagi semoga semua umat Islam dirahmati dan diberkati
Disaat ini teringa kisah anak buah yang pipinya ditampar sehingga lebam oleh bapa sendiri.Sehingga hari ini aku masih tertanya-tanya apakah salah anak buah ku itu...
Mengucap panjang dalam hati tatkala aku melihat pipi sebelah kirinya. Masyaallah anak ini tidak berdosa..Mengapa tergamak diperlakukan begini.Sayu hatiku dan fikiran menerawang jauh pada anakanda Arif dan Aqilah. Wahai hati sabar lah...penuhkan hatimu dengan iman. Ingatlah anak-anak ini tidak berdosa sesuci air embun pagi. 

                   

Monday, 21 April 2014

Pengenalan Diri

Assalamualaikum w.b.

Alhamdulillah...diberi kesempatan ini untuk memulakan kelas akademi bekerja dari rumah. Baru sahaja menyambut usia 35 tahun pada 7 April lepas. Nama penuh Fadzliatun Ummi Khurairah bt Khairuddin. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibesarkan di Shah Alam Selangor dan masih lagi bermastautin di sini sehingga sekarang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 dan Sekolah  Rendah  Agama Seksyen 3 di Shah Alam. Menyambung persekolahan menengah di dua buah sekolah menengah Sekolah Menengah Agama di Klang dan di Kuala Selangor sehingga tingkatan 5.
Seterusnya menymbung pengajian di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya di Kuching Sarawak kemudian menyambung Ijazah Kejuruteran Proses dan Makanan di Universiti Putra Malaysia Serdang.

Seperti kebanyakan individu yang telah bergraduat mesti mahu bekerja . Semenara menunggu tawaran pekerjaan saya mula mencari wang saku sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan mengambil upah menyolek pengantin dan sesiapa yang berhajat unuk mencantikkan wajah.Saya lakukan kerana minat dan setiap solekan membuatkan saya puas. Saya suka melihat kecantikan dan kekemasan.
tidak lama kemudian saya mendapat tawaran bekerja di salah satu syarikat perkapalan terbesar di dunia. tidak  sangka sebegini datang dan saya terima. terkesima seketiba apabila tiba  pada hari perama bekerja melihat ruang pejabat begiu mewah dan kemas.Dalam hati terasa bangga dan puas dan bersyukur.
Hari- hari sibuk yang dilalui menyebabkan saya melupakan kerja sambilan sehingglaah tiba hari pernikahan dan perkahwinan. Saya mengasah semula bakat dan minat yang sedia ada. Merasa puas kerana dapat menyolek diri sendiri tanpa perlu membazir memanggil jurusolek.

Keinginan untuk bekerja dari rumah muncul setelah kelahiran anakanda Muhammad Ariff Hakim. Kesibukan bekerja makan gaji dan ketiadaan suamiku ang selalu bekerja luar daerah memberikan tekanan kepadaku. Kesihatan anakanda Arif terabai dan aku mula merasakan Arif memerlukan sepenuh perhatian daripadaku.  
Ingin bermula tapi  tidak tahu cara yang betul  .Mencari dan terus mencari  hingga akhirnya bertemu dengan Pn Masayu Ahmad. Ingin tahu apa yang dilakukannya  aku mengikui perkembangannya di facebook. Akhirnya aku berjaya mendafarkan diri dan mengikui kelas blog online kelolaan Pn Aishah Hussein.