Monday 29 January 2018

Hidup Sihat dengan Yoga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
lama betul saya tidak menjenguk blog saya ini.kiranya lama tidak dikemas kini.
hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya melakukan senaman yoga di Upward Yoga. Sebuah studio yoga yanag terletak di Saujana Resort Subang.
Dimiliki oleh seorang wanita melayu yang diberi nama Nini Ahmad. Beliau seorang pengajar yoga yang terkenal dan bertapak di bumi Malaysia ini lebih dari 10 tahun.
Saya sangat berpuas hati kerana studìo ini membolehkan saya membuat senaman yoga dengan selesa kerana ia memberikan kemudahan ibu seperti saya membawa anak kecil. Di sini ada satu sudut untuk kanak- kanak bermain dan permainan disediakan.
Jadi saya tidak risau dan boleh menumpukan perhatian.
Bayaran yang dikenakan agak murah iaitu RM30/sejam.Tiada yuran bulanan dikenakan hanya datang dan pembayaran dilakukan selepas tamat kelas.
Saya mengesyorkan ibu ibu mencuba senaman yoga ini kerana banyak kebaikannya kepada kaum wanita.Terutama sekali yang banyak melahirkan dan menyusukan anak. Saya percaya yoga bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan diri malah meningkatkan motivasi diri.




Image result for upward yoga
Image result for upward yoga

Tuesday 2 January 2018

Face Collagen Serum Mary Jardin

Pernah tak bangun pagi celik2 mata je hadap cermin? selalukan..tapi lepas tu terkejut sebab tgk muka ada jeragat....rasa stress! maklumlah umur dah meningkat...hormon pon berkurang...tanda-tanda penuaan pon dah nampak...
lepas ni boleh try Face Collagen Serum Mary Jardin.
Ada 7 kelebihan yang saya nak kongsi dengan semua.
Boleh baca dan hadamkan...lepas ni tak mau stress lagi...jom cantik sama sama... kita guna Face Collagen Serum Mary Jardin

Penggunaan kolagen serum semakin meluas di era moden ini. Ramai wanita mementingkan penjagaan kulit secara semulajadi. Terutama sekali wanita yang berumur 30 tahun ke atas di mana tanda tanda penuaan mula kelihatan di muka.
Kolagen terhasil secara semulajadi oleh badan kita. Namun ianya semakin berkurang dengan peningkatan usia.

Ramai diantara kita tidak tahu kelebihan penggunaan serum ini. Kolagen sangat penting untuk membentuk keanjalan kulit. Kolagen yang berasal dari ikan salmon ini berupaya menghilangkan kesan atau garis penuaan di tepi mata dan juga dahi.
Melalui omega 3 yang terkandung di dalam ikan salmon ini dapat membaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak. Menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat. Sekarang dah tahu kan kenapa Serum Collagen ni agak mahal. Bukan senang nak esktrak kolagen dari Ikan Salmon. Tambahan pula Collagen yang terbaik adalah dari ikan Salmon.
Ini kerana saiz Collagen Salmon adalah 1-2 nm manakala saiz pori manusia pula adalah 80nm. Jdi collagen ini mudah diserap oleh kulit kita tanpa perlu rasa melekit.

Selain itu kolagen ini mengandungi Vitamin C yang melindungi kulit dari sinar UV.
Mengurangkan pigmentasi dan bagus untuk merawat kulit kering, kusam dan jerawat.
Kolagen ini juga berupaya merawat dan memudarkan jeragat dengan penggunaan yang konsisten dan berterusan. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya.

Penggunaan terbaik adalah dengan menyapu sedikit ke  muka dan leher yang telah dibersihkan dua kali sehari.
Kesan penggunaan kolagen ini dapat dilihat  seawal 28 hari. Bukan mudah nak cantik ambil masa juga.Yang penting istiqomah dan sabar.

Image result for face collagen serum mary jardin

Monday 1 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018.

Selamat Datang Tahun Baru 2018. Masing-masing sudah memahatkan dan bersedia dengan azam baru. Alhamdulillah saya juga berharap untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Mari berkenalan dengan produk penjagaan kulit Mary Jardin yang telah saya cuba dan pakai selama 5 bulan. Alhamdulillah saya serasi dan saya ingin  berkongsi dengan rakan-rakan bloggers lain mengenai kebaikan dan kelebihan produk ini.
Mary Jardin diasakan oleh seorang doktor muslimah tempatan yang bernama Dr Maryam Al-Batul Azizuddin. Beliau seorang doktor yang kini telah bergelar Usahawanita dalam usia yang muda. Sanggup meletakkan jawatan sebagai seorang doktor dan menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Bersama-sama suami Dr Athiq membina empayar Mary Jardin sehingga kini.
Produk ini adalah produk yang bebas bahan kimia merbahaya dan semulajadi. Kelihatan mewah kerana bungkusan dan cara pembuatan tetapi harganya agak murah berbanding produk semulajadi yang lain. Saya percaya ramai mampu milik produk ini tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki produk semulajadi dan ianya setanding produk antarabangsa.
Ianya mudah diguna pakai kerana hanya mempunyai 4 produk penjagaan kulit. Sangat sesuai untuk wanita berkerjaya dan surirumah yang sibuk.
Bertemakan Lavender produk penjagaan kulit Mary Jardin didatangkan dengan 4  rangkai yang Utama:

1. Sabun pencuci muka Mary JArdin

2. Face Oil

3. Detox Clay Mask

4.Face Collagen Serum SPF 30.

Saturday 13 December 2014

Sekadar luahan hati

Salam....
Nukilan seorang sahabatku yang menyentuh hati ini...
Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.
Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.
Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.
Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.
Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas.
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.

Saturday 31 May 2014

Selamat Hari Lahir...

Selama ulang tahun kelahiran anakanda Nurfakhirah Aqilah. Alhamdulillah...genap sudah usia anakanda dua tahun dan masih menyusu sepenuhnya.
Walau pun tiada sambutan tiupan lilin di atas kek, Umi tetap mendoakan anakanda sentiasa di rahmati dan disayangi oleh-Nya. Anakanda sentiasa di hati dan kasih sayang umi dan ayahanda tiada batasnya.  
Kunjungan sahabat ayahanda ke rumah membawa kami sekeluarga berkhemah di Sungai Congkak. Dapatlahkami bermalam sehari di sana dan tidur di dalam khemah. Kami tiba agak lewat petang. Pantas ayahanda dan sahaba karibnya mendirikan khemah untuk kami bermalam.    
Selepas mendirikan solat maghrib kami makan malam diluar sahaja kerana tidak sempat memasak. Selesai makan malam kami menuju kembali ke tempat perkhemahan. Agenda seterusna ...mandi.... 
Kami mandi sekadar menghilangkan kehangatan kerana air sungai sangat dingin. Selesai menukar pakaian dan mengemas tempat tidur anakanda Aqilah kelihatan sangat mengantuk.Kami sama-sama merebahkan diri di atas tilam dan terlena tidak lama kemudian. Kedengaran suara ayahanda sedang berbicara dengan sahabatnya. Namun aku lebih suka melayan mataku sehingga subuh.           

Monday 21 April 2014

Pengenalan Diri

Assalamualaikum w.b.

Alhamdulillah...diberi kesempatan ini untuk memulakan kelas akademi bekerja dari rumah. Baru sahaja menyambut usia 35 tahun pada 7 April lepas. Nama penuh Fadzliatun Ummi Khurairah bt Khairuddin. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibesarkan di Shah Alam Selangor dan masih lagi bermastautin di sini sehingga sekarang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 dan Sekolah  Rendah  Agama Seksyen 3 di Shah Alam. Menyambung persekolahan menengah di dua buah sekolah menengah Sekolah Menengah Agama di Klang dan di Kuala Selangor sehingga tingkatan 5.
Seterusnya menymbung pengajian di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya di Kuching Sarawak kemudian menyambung Ijazah Kejuruteran Proses dan Makanan di Universiti Putra Malaysia Serdang.

Seperti kebanyakan individu yang telah bergraduat mesti mahu bekerja . Semenara menunggu tawaran pekerjaan saya mula mencari wang saku sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan mengambil upah menyolek pengantin dan sesiapa yang berhajat unuk mencantikkan wajah.Saya lakukan kerana minat dan setiap solekan membuatkan saya puas. Saya suka melihat kecantikan dan kekemasan.
Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran bekerja di salah satu syarikat perkapalan terbesar di dunia. Tidak  sangka tawaran sebegini datang dan saya terima. Terkesima seketika apabila tiba  pada hari pertama bekerja melihat ruang pejabat begitu mewah dan kemas.Dalam hati terasa bangga dan puas dan bersyukur.
Hari- hari sibuk yang dilalui menyebabkan saya melupakan kerja sambilan sehingglaah tiba hari pernikahan dan perkahwinan. Saya mengasah semula bakat dan minat yang sedia ada. Merasa puas kerana dapat menyolek diri sendiri tanpa perlu membazir memanggil jurusolek.

Keinginan untuk bekerja dari rumah muncul setelah kelahiran anakanda Muhammad Ariff Hakim. Kesibukan bekerja makan gaji dan ketiadaan suami
yang selalu bekerja luar daerah memberikan tekanan kepadaku. Kesihatan anakanda Arif terabai dan saya mula merasakan Arif memerlukan sepenuh perhatian daripada saya.
Ingin bermula tapi  tidak tahu cara yang betul  .Mencari dan terus mencari  hingga akhirnya bertemu dengan Puan Masayu Ahmad. Ingin tahu apa yang dilakukannya  saya mengikuti perkembangannya di Facebook. Akhirnya saya berjaya mendafarkan diri dan mengikuti kelas blog online kelolaan Pn Aishah Hussein.