Monday, 21 April 2014

Pengenalan Diri

Assalamualaikum w.b.

Alhamdulillah...diberi kesempatan ini untuk memulakan kelas akademi bekerja dari rumah. Baru sahaja menyambut usia 35 tahun pada 7 April lepas. Nama penuh Fadzliatun Ummi Khurairah bt Khairuddin. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibesarkan di Shah Alam Selangor dan masih lagi bermastautin di sini sehingga sekarang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17 dan Sekolah  Rendah  Agama Seksyen 3 di Shah Alam. Menyambung persekolahan menengah di dua buah sekolah menengah Sekolah Menengah Agama di Klang dan di Kuala Selangor sehingga tingkatan 5.
Seterusnya menymbung pengajian di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya di Kuching Sarawak kemudian menyambung Ijazah Kejuruteran Proses dan Makanan di Universiti Putra Malaysia Serdang.

Seperti kebanyakan individu yang telah bergraduat mesti mahu bekerja . Semenara menunggu tawaran pekerjaan saya mula mencari wang saku sendiri dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan mengambil upah menyolek pengantin dan sesiapa yang berhajat unuk mencantikkan wajah.Saya lakukan kerana minat dan setiap solekan membuatkan saya puas. Saya suka melihat kecantikan dan kekemasan.
tidak lama kemudian saya mendapat tawaran bekerja di salah satu syarikat perkapalan terbesar di dunia. tidak  sangka sebegini datang dan saya terima. terkesima seketiba apabila tiba  pada hari perama bekerja melihat ruang pejabat begiu mewah dan kemas.Dalam hati terasa bangga dan puas dan bersyukur.
Hari- hari sibuk yang dilalui menyebabkan saya melupakan kerja sambilan sehingglaah tiba hari pernikahan dan perkahwinan. Saya mengasah semula bakat dan minat yang sedia ada. Merasa puas kerana dapat menyolek diri sendiri tanpa perlu membazir memanggil jurusolek.

Keinginan untuk bekerja dari rumah muncul setelah kelahiran anakanda Muhammad Ariff Hakim. Kesibukan bekerja makan gaji dan ketiadaan suamiku ang selalu bekerja luar daerah memberikan tekanan kepadaku. Kesihatan anakanda Arif terabai dan aku mula merasakan Arif memerlukan sepenuh perhatian daripadaku.  
Ingin bermula tapi  tidak tahu cara yang betul  .Mencari dan terus mencari  hingga akhirnya bertemu dengan Pn Masayu Ahmad. Ingin tahu apa yang dilakukannya  aku mengikui perkembangannya di facebook. Akhirnya aku berjaya mendafarkan diri dan mengikui kelas blog online kelolaan Pn Aishah Hussein. 

No comments:

Post a Comment