Saturday 31 May 2014

Selamat Hari Lahir...

Selama ulang tahun kelahiran anakanda Nurfakhirah Aqilah. Alhamdulillah...genap sudah usia anakanda dua tahun dan masih menyusu sepenuhnya.
Walau pun tiada sambutan tiupan lilin di atas kek, Umi tetap mendoakan anakanda sentiasa di rahmati dan disayangi oleh-Nya. Anakanda sentiasa di hati dan kasih sayang umi dan ayahanda tiada batasnya.  
Kunjungan sahabat ayahanda ke rumah membawa kami sekeluarga berkhemah di Sungai Congkak. Dapatlahkami bermalam sehari di sana dan tidur di dalam khemah. Kami tiba agak lewat petang. Pantas ayahanda dan sahaba karibnya mendirikan khemah untuk kami bermalam.    
Selepas mendirikan solat maghrib kami makan malam diluar sahaja kerana tidak sempat memasak. Selesai makan malam kami menuju kembali ke tempat perkhemahan. Agenda seterusna ...mandi.... 
Kami mandi sekadar menghilangkan kehangatan kerana air sungai sangat dingin. Selesai menukar pakaian dan mengemas tempat tidur anakanda Aqilah kelihatan sangat mengantuk.Kami sama-sama merebahkan diri di atas tilam dan terlena tidak lama kemudian. Kedengaran suara ayahanda sedang berbicara dengan sahabatnya. Namun aku lebih suka melayan mataku sehingga subuh.