Friday, 25 April 2014

Kulit wajah cantik menawan

Aku mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim sambil membasahi mukaku dengan air.Ku titipkan pencuci mukaku (facial cleanser) sebesar duit 20 sen di atas tapak tangan kananku. Ku oles sedikit di dagu, kedua pipiku, di atas hidung dan dahiku. Aku mengusap dari dagu ke atas hingga kedua pipiku melawan arah jam. Urutan diteruskan ke dahi dan seterusnya hidung dengan gerakan yang sama.
Selesai membelai wajah aku mengambil facial cloth yang telah dibasahkan dengan air lalu aku sapukan ke seluruh muka sehingga bersih. Sekali lagi ku sirami wajahku dengan air yang mengalir. Selesai bilasan di muka aku mengeringkan dengan tuala yang bersih dan kering secara perlahan-lahan.Kembali merenung wajah dicermin sehingga puas.
Aku meneruskan dengan menyapu masker diseluruh wajahku kecuali di mata dan dibibir. Aku membiarkan ia mengering dalam masa 10 minit.Selesai 10 minit aku membasahi jari jemariku dengan air dan mula mengusapi wajahku dengan gerakan ke atas perlahan -lahan. Sekali lagi ku menggunakan facial cloth ang basah membersihkan muka. See


No comments:

Post a Comment